slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Tuesday, 14 August 2018

Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun ini adalah bertemakan Sayangi Malaysiaku seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 30 Mei 2018 yang lalu. Bagi menzahirkan perasaan cinta kepada negara maka dimaklumkan bahawa Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang akan diadakan mulai 15 Ogos hingga 16 September 2018 iaitu selama satu bulan. Program-program yang berikut telah dirancang oleh pihak JMR, jabatan-jabatan serta unit-unit tersusun seperti yang berikut:
  • 4.1      Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang/ 15 Ogos 2018 (Rabu)/  9:00 malam/ Dewan Seri Budiman, IPGKTHO/ Perasmi: YB Tuan Mohd. Kuzzan bin Abu Bakar.
  •  4.2      Program Latihan Pembangunan Staff/ 16 Ogos 2018 (Khamis)/ 8:00 pagi/ Kg. Pt. Yusuf Batu Pahat (berkumpul)/ Anjuran:JSS, LDP, Unit Kaunseling, JAPIM, Unit Koku, JPJK/ JMR/ KESTHO/Unit Pengurusan.
  • 4.3      Perhimpunan Bulanan dan Meraikan Bakal Pesara/ 30 Ogos 2018 (Khamis)/ 2:15 petang/ Dewan Seri Budiman, IPGKTO.
  • 4.4      Sambutan Ambang Merdeka/ 30 Ogos 2018 (Khamis)/ 9:30 malam/ Foyer Pentadbiran IPGKTHO.
  • 4.5      Program Bedah Buku Ilmiah/ 13 September 2018 (Khamis)/ 9:00 pagi/ Dewan Seri Budiman, IPGKTHO.
  • 4.6      Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang/ 13 September 2018 (Khamis)/ 2:30 petang/ Dewan Seri Budiman, IPGKTHO.

Ekspedisi Merdeka IPGKTHO 2018

Program Latihan Pembangunan Staf bertajuk Ekspedisi Merdeka IPGKTHO 2018 akan dijalankan sebagai sebahagian daripada program Sambutan Bulan Kebangsaan IPGKTHO anjuran bersama Jabatan/Unit di IPGKTHO.
Ekspedisi ini akan bermula dari Kg Pt Yusuf, Batu Pahat dengan pengisian seperti taklimat daripada Koordinator, pengisian Konsep Kemerdekaan, Ekspedisi Bukit Botak serta Khidmat Masyarakat Setempat.

Monday, 13 August 2018

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN 2018









Tarikh : 15 Ogos 2018 (Rabu)
Masa : 9:00 malamT
empat : Dewan Sri Budiman, IPGKTHO

Detik rasmi negara kita, Malaysia mencapai kemerdekaan dan bebas dari cengkaman penjajah British adalah pada tanggal 31 Ogos 1957. Oleh itu, hampir setiap tahun pelbagai aktiviti akan dianjurkan untuk menzahirkan rasa penghargaan dan memperingati para pejuang kemerdekaan terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari cengkaman penjajahan.
Majlis Jawatankuasa Rasmi menjemput semua warga ke majlis tersebut.

Sunday, 24 June 2018

Mesyuarat Staf Akademik Bil. 2/2018 IPGKTHO

Tarikh  : 26 Jun 2018 (Ahad)
Tempat: Balai Ilmu

IPGKTHO telah mengadakan Mesyuarat Staf Akademik Bil. 2/2018 pada hari pertama Semester Jun-Nov 2018. Mesyuarat ini diadakan bertujuan menyelaraskan urusan akademik untuk semester baru.

Wednesday, 2 May 2018

MALAM APRESIASI IPGKTHO 2018

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, JK Majlis Rasmi, JK KESTHO, dan JJPP IPGKTHO telah bersama-masa mengelolakan Malam Apresiasi IPGKTHO 2018 pada 25 April 2018 di Hotel Katherina.