slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Monday, 2 April 2018

Pengenalan - Sambutan Jubli Perak Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn



Pengoperasian Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) bermula pada 1993 yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Batu Pahat (MPBP).   

Seiring dengan perubahan dalam sistem pendidikan negara, pada 1 hb. April 2006, MPBP telah dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru Tun Hussein Onn (IPTHO). 

Transformasi Pendidikan Negara telah sekali lagi menukar nama institut ini dan kini ia dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.




Sekadar mengimbas kembali sejarah penubuhan IPGKTHO melalui video-video yang diterbitkan pada tahun 2012 dan 2014:

Muhammad Amin bin Simon. (2012). IPTHO. [Video file]. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=GM7hIrNsivM


Lemon Grass. (2014). IPGKTHO - An introduction. [Video file]. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=HnDgx8Pw8ZQ


Sepanjang 25 tahun ini, telah banyak lakaran-lakaran sejarah yang diukir oleh barisan mantan Pengarah-pengarah, mantan Timbalan-timbalan Pengarah, bekas-bekas pensyarah mahupun para guru pelatih keluaran IPGKTHO. Ianya pasti sudah tersimpan kemas dalam lipatan sejarah dan menyuntik semangat menyemarakkan kegemilangan IPGKTHO pada tahun-tahun mendatang.

Sempena sambutan Jubli Perak ini, pelbagai acara dan program telah disusun dengan konsep memasyarakatkan IPGKTHO. Semoga dengan usaha ini, IPGKTHO akan terus gemilang dan dapat memberikan sumbangan bukan sahaja kepada warga IPGKTHO tetapi juga kepada komuniti setempat.




Klik untuk bacaan lanjut: