slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Tuesday, 6 March 2018

Majlis Persaraan Pn. Hjh. Maznah Madu

Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Rasmi IPGKTHO telah berusaha sama dalam pengelolaan Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2018 dan meraikan persaraan Pn. Hjh Maznah binti Madu pada 5 Mac 2018 (Isnin) yang bertempat di Dewan Sri Budiman.

 
Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan cemerlang dan sumbangan ikhlas Pn. Hjh Maznah, Pengarah telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada beliau. Perwakilan pelajar telah menyampaikan cenderahati serta membuat persembahan medley untuk menyampaikan penghargaan mereka terhadap sumbangan bakti beliau sepanjang perkhidmatan beliau di IPGKTHO.

   

En. Anuar Ramle, suami Pn. Hjh Maznah, dan putera puteri beliau, Nurwina Akmal bt Anuar serta Faizul Adlan bin Anuar turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana majlis yang bermakna ini.

     

Pn. Hjh Maznah yang bermurah hati telah menjamu segenap lapisan IPGKTHO dengan juadah yang lazat. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Maznah, semoga diberkati dengan rezeki dan kesihatan yang berterusan dan berbahagia bersama keluarga.


Klik untuk membaca: Album Majlis Persaraan Rasmi >>