slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Tuesday, 6 March 2018

Perrhimpunan Bulanan Bil.3/2018

PERHIMPUNAN BULANAN BIL.3/2018
Anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan JK Majlis Rasmi IPGKTHO
Tarikh: 5 Mac 2018
Tempat: Dewan Seri Budiman

Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2018 dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan bantuan dan kerjasama daripada pelajar PISMP. Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan JK Perwakilan pelajar telah diadakan dan majlis menandatangani aku janji disaksikan oleh beberapa orang Ketua Jabatan.

Pengarah telah mengumumkan kenaikan pangkat ke jawatan DG52 dan DG54 secara time-basedberasaskan kecemerlangan tahun 2017 untuk pensyarah-pensyarah, menyampaikan cenderahati untuk staf yang menyambut hari lahir pada bulan Mac. Beliau juga telah menyampaikan medal untuk peserta Kejohanan Powerman Duathlon Asia Championship Malaysia 2018 dan juga sijil untuk pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan kursus Penyelamat Nyawa.
Pasukan Kesukanan IPGKTHO yang menyertai Karnival Kesukanan yang diadakan di IPGK Sultan Mizan, Besut pada bulan Mac 2018 telah meraih kemenangan dalam semua acara dan berjaya menyandang anugerah Johan Keseluruhan.
Tahniah dan syabas untuk semua yang terlibat. Semoga sekalian terus cemerlang.
Klik untuk
Baca Lagi | Melihat album