slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Friday, 31 August 2018

Majlis Persaraan Tn. Hj. Nasirudin bin Md Top


JK Majlis Rasmi IPGKTHO telah mengadakan Majlis Persaraan untuk meraikan Tn. Hj. Nasirudin bin Md Top, pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan yang telah berkhidmat selama 28 tahun di IPGKTHO sejak tahun 1992 lagi. IPGKTHO pada ketika itu masih bergelar Maktab Perguruan Batu Pahat dan masi belum beroperasi lagi. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Unit Pusat Sumber, Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan, aktif dalam Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia serta menulis banyak modul untuk bidang Teknologi Pendidikan.


Pengarah menyampaikan penghargaan yang tertinggi bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia atas sumbangan dan khidmat bakti beliau.
En. Abdul Ramli bin Sanusi telah membacakan sebuah puisi yang bertajuk Terlena penukiran beliau atas permintaan Tn. Hj. Nasirudin. Slia klik pada pautan"Puisi - Terlena" di bawah untuk menghayati keindahan puisi tersebut.


Tn. Hj. Nasirudin telah merakam waktu terakhir dan dari saat inilah bermulanya gelaran "YB" Tn. Hj. Nasirudin yang menamatkan peranan sebagai pejawat awam Kerajaan dan memulakan kehidupan selepas bersara bersama keluarga tersayang. Semoga beliau diberkati dengan kesihatan, rezeki yang berterusan serta menghayati alam bersara dengan bahagia.

Klik untuk bacaan lanjut: