slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Penubuhan IPG

Maktab Perguruan merupakan pusat latihan di bawah pentadbiran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 13 Julai 2005,  Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan untuk menaikkan taraf 27 buah Maktab Perguruan di seluruh Malaysia menjadi Institut Pendidikan Guru (IPG). Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2008) yang berkuatkuasa pada 28 Ogos 2008 telah memberikan kuasa kepada IPG untuk menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda kepada graduannya. Dengan ini Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pula telah mengambilalih tugas pengendalian IPG kampus daripada Bahagian Pendidikan Guru.

IPG Kampus Tun Hussein Onn merupakan salah satu IPG daripada 27 buah IPG yang memainkan peranan menghasilkan graduan PISMP di Zon Selatan.

Muntasir Muaz. (2017). Video Promo IPGM 2017. Retrieve from https://youtu.be/3ZaSGgnvCXw

Walau bagaimanapun, IPG Kampus Tun Hussein Onn  adalah antara 11 buah IPGK yang akan di transformasi menjadi Kolej Teknik dan Vokasional mulai Jun 2010 dan telah berhenti menerima pelajar baru mulai tahun 2017. 

Semoga, dalam tempoh beroperasi yang saki baki ini, kami masih berharap agar dapat memberikan sumbang bakti yang terbaik yang terdaya bagi menunaikan tanggungjawab kami sebagai institusi yang menghasilkan bakal guru yang bertaraf dunia.