slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Penubuhan Pasukan Frog Champion IPGKTHO Tahun 2016

PASUKAN FROG CHAMPION IPGKTHO

Salam sejahtera kepada semua pelajar PPISMP dan PISMP IPGKTHO.

Ingin mendalami pengetahuan dan kemahiran berhubung penggunaan FROG VLE di sekolah?

Bersedia untuk menerima latihan sebagai FROG CHAMPION yang berupaya menyebarluaskan amalan TMK dalam PdP berasaskan VLE?

Pada awal tahun 2016 nanti (mulai Sabtu minggu kedua selepas semester Jan-Mei 2016 bermula), kita akan memulakan Bengkel Frog VLE dan Google Apps for Education (GAFE) yang bersiri.

Bengkel-bengkel ini TERBUKA kepada yang berminat untuk menguasai kemahiran pengintegrasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang berasaskan Frog VLE yang bakal dipraktikkan di sekolah nanti.

Rakan Frog

Tujuan:
Menubuhkan pasukan RAKAN FROG (FROG CHAMPION) yang dapat menguasai kemahiran teknikal dan kepemimpinan dalam menyebar luas penggunaan Frog VLE.



Cara:
1. Pengumuman berhubung bengkel akan disiarkan di laman web rasmi IPGKTHO.
2. Isi borang pendaftaran yang dimuatnaik dalam laman web rasmi IPGKTHO.
3. Bengkel Frog Champion akan diadakan sebanyak DUA (2) kali pada hari SABTU, dari pukul 8.00 pagi sehingga ke pukul 4.00 petang.
4. Penyertaan perlu didaftar sebelum bengkel diadakan kerana pihak kami perlu mewujudkan Yes ID untuk setiap peserta.
5. Kehadiran adalah wajib untuk kedua-dua sesi.
6. Selepas menghadiri bengkel perlu menghasilkan sebuat SITE Pengajaran dan Pembelajaran yang perlu Publish On Web.
7. Peserta yang berjaya akan menerima sijil penyertaan.

Syarat:
1. Setiap bengkel dihadkan kepada maksimum 20 orang peserta.
2. Sediakan laptop dan broadband sendiri.
3. Bengkel diadakan sebanyak DUA (2) kali pada hari SABTU, mulai pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Perlu mengikuti kedua-dua bengkel.
4. Sanggup menjalankan tugas sebagai RAKAN FROG (Frog Champion) yang membantu menyebar luaskan kemahiran penggunaan Frog dalam kalangan pelajar PPISMP dan PISMP di IPGKTHO.
5. Bersedia melanjutkan latihan ke peringkat ADMIN Frog VLE.

Sila klik SINI untuk membaca rancangan aktiviti latihan yang bakal diadakan pada tahun 2016.

Sekiranya anda berminat, boleh hubung Cik KAN Fong Kuen, Jabatan Ilmu Pendidikan melalui emel: fongkuen@iptho.edu.my untuk maklumat lanjut.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.