slider 1

          Penyajak           IPGKTHO           Green           Golden frame

Coming Events

Sejarah Penubuhan IPGKTHO


Di sini Pendidik Cemerlang Bermula!



Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) terletak di tapak seluas 60 ekar di Km 7.75, Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor. Ia bersebelahan dengan Kolej Komuniti Teknik Batu Pahat.
jQuery UI Accordion - Default functionality

Tahun 1987

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO), yang nama asalnya Maktab Perguruan Batu Pahat (MPBP) merupakan maktab perguruan yang ke-30 di Malaysia.MPBP dibina bagi tujuan memindahkan operasi Maktab Perguruan Mohd. Khalid di Johor Bahru yang terpaksa ditutup kerana keluasan maktab tersebut tidak dapat menampung pembinaan prasarana tambahan akibat pertambahan bilangan guru pelatih.
Kawasannya seluas 60 ekar ini pada awalnya merupakan kawasan ladang estet, kelapa sawit dan kawasan pertanian. Memandangkan kedudukannya yang strategik dan sesuai dari segi kedudukannya di tepi jalan raya utama yang menghubungkan Bandar Penggaram (Batu Pahat) dengan Kluang.
Kos pembinaannya telah dibiayai pembinaannya oleh Bank Dunia. Pembinaan kampus institut oleh LBH Construction telah dimulakan pada tahun 1987 sebagaimana yang dirancangkan dalam Perancangan Pembangunan Pendidikan dalam rancangan Malaysia ke-5. Projek melibatkan kos pembiayaan lebih 20 juta ringgit.

Tahun 1992

Berilmu, Beramal, Berakhlak!


Misi dan Visi MPBP telah diterjemahkan dalambentuk logo yang membawa makna yang berikut:
  • Moto : BERILMU, BERAMAL, BERAKHLAK.
  • Warna : Pink (Merah jambu), Merah, Biru.
  • Konsep : Serba boleh dan berfungsi.
  • Falsafah: "Benih yang baik dicampakkan ke laut menjadi pulau."

Pada 1 April 1992, Maktab Perguruan Batu Pahat (MPBP) ini ditadbir di bawah pimpinan Tuan Haji Elias bin Haji Md. Hanafiah sebagai Pengetua pertama. Di antara staff akademik yang awal bertugas di maktab ini ialah En. Malik bin Haji Kasdu, En. Azni Jaafar, En. Mohd Noor bin Haron, Puan Ngah Hamsiah bte Ariffin dan beberapa orang pensyarah yang lain. Sebagai "perintis" di institut ini, mereka bukan sahaja membuat perancangan untuk menerima guru pelatih tetapi terpaksa juga melakukan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang kebiasaannya dilakukan oleh kakitangan pejabat atau staf sokongan yang lain.
Pembinaan maktab telah siap pada bulan April 1992. Pada 19 Mei 1992, majlis penyerahan rasmi bangunan institut oleh pihak LBH Construction kepada Kementerian Pendidikan yang diwakili oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah disempurnakan. Maktab ini mula beroperasi sebagai maktab ke-30 di Malaysia.
Pada 13 Jun 1992, kumpulan guru pelatih pertama seramai 133 orang yang diterima masuk ke maktab terdiri daripada guru pelatih yang dipindahkan dari Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur:
  • 101 orang guru pelatih Kemahiran Hidup Semester 3
  • 76 orang guru pelatih Kemahiran Hidup Semester 5
  • 17 orang peserta Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP-ERT)
Pada 29 Jun 1992, dimasukkan pula 76 orang guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. (KPLI)
Pada 6 Julai 1992, kemasukan seramai 436 orang guru pelatih Kursus Asas Perguruan (KPA) yang tempoh latihannya selama 2 1/2 tahun (1992-1994).Ia melibatkan bidang Kemahiran Hidup, Pengajian Melayu & Cina (PMC), Pengajian Muzik (MU) dan Pengajian Matematik (MT).

Tahun 1994

Institut ini yang amat indah dan dibanggai oleh semua orang ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu pada 10 September 1994.
Majlis penyampaian Diploma dan Sijil Perguruan kali pertama di maktab ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid Bin Mohd. Noordin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada sebelah malamnya.

Tahun 1995

Bermula dengan sesi pengambilan Jun 1995, MBBP mengendalikan Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD) dalam bidang Kemahiran Hidup (KH) untuk peringkat sekolah menengah (PSM) yang pertama dengan pengambilan pertamanya seramai 60 orang. Pengambilan pelatih-pelatih KPLI Peringkat Sekolah Rendah terus dikekalkan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tahun 1996

Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) telah bermula pada pengambilan Jun 1996 dengan seramai 217 orang pelatih.
Mulai 1 Julai 1996, MPBP turut menerima kemasukan pertama kumpulan peserta kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) seramai 150 orang.Peserta kursus ini mengikuti kursus dalam bidang Kemahiran Hidup (KH), Ekonomi Rumah Tangga (ERT), Muzik (MU) serta Perdangangan dan Perakaunan.
Peserta kurus yang memperolehi kelulusan yang baik dalam program ini telah ditawarkan peluang melanjutkan pelajaran ke UTM, USM dan UUM mengikut bidang pengkhususan masing-masing.

Tahun 1998

MPBP memulakan program sekolah angkat dan Sekolah Kebangsaan Sri Padang Sari, Batu Pahat merupakan anak angkat pertama MPBP.

Tahun 2001

Seminar Penyelidikan Pendidikan kali pertama telah berjaya dianjurkan pada Oktober 2001 yang bertempat di Hotel Garden, Batu Pahat dengan tema "Minda Positif Bertindak Proaktif". Hasil-hasil kajian pensyarah-pensyarah MPBP setiap tahun dimuatkan dalam jurnal penyelidikan berjudul "Jurnal Cerana".

Tahun 2005

Jemaah Nasir telah bersetuju dengan cadangan menaik taraf kan kesemua 27 buah maktab perguruan di seluruh Malaysia kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 13 Julai 2005. Kini, IPG sudah boleh menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed.

Tahun 2006

Pengisytiharan naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).MPBP telah ditukar namanya kepada Institut Pendidikan Guru Tun Hussein Onn, Batu Pahat (IPTHO).
Pengisytiharan ini memberikan satu perubahan besar kepada institusi keguruan dengan bermulanya Program Pensiswazahan Guru yang dijalankan di IPG seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Selain itu, IPG juga mula menjalankan latihan praperkhidmatan yang boleh memberi pengiktirafan ijazah Sarjana Muda kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.
Institut telah berjaya menghasilkan Portal IPTHO dengan perisian pengurusan praktikum (SisPrak) sebagai usaha untuk mengangkat martabat IPTHO dalam era digital.

Tahun 2007

Pada tahun 2007, logo baru yang melambangkan kewjudan Institut Perguruan Tun Hussein Onn telah digunakan dalam semua aktiviti. IPTHO telah menukar Visi, Misi dan Falsafahnya bersesuaian dengan peranannya sebagai menghadapi perubahan semasa.

Visi IPG

Peneraju kecemerlangan pendidikan guru.

Misi IPG

Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pendidikan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

Hala tuju IPG

  • Kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi.
  • Kecemerlangan dalam perkhidmatan pembelajaran sepanjang hayat.

Tahun 2009

Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
IPTHO telah bertukar nama kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO)

Tahun 2010

Pada 3hb. Ogos 2010, IPGKTHO telah mengadakan Majlis Perasmian Gerbang IPGKTHO.


Tahun 2011

Pada 2 hb Mac, Jerayawara The New IPG (Learner-Centered University) telah diadakan di IPGKTHO.
Di antara perkara yang telah dibentangkan sempena jerayawara adalah Ciri-ciri The New IPG meliputi Peta Strategik, Kerangka Pengurusan Prestasi, Bidang Kepakaran, Spesifikasi Tugas, Matrik Kompetensi, Pensarjanaan, ePembelajaran, Pentadbiran dan Laluan Kerjaya.
Logo rasmi IPGM mulai diguna pakai di semua IPG Kampus.
Pada tahun 2011 ini juga, Konvokesyen PISMP IPGM kali pertama telah diadakan secara berpusat pada 16-17 Mac 2011 di PICC Putrajaya.
Konvokesyen ini menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda kepada graduan sulung PISMP IPG. Seramai 1,987 orang graduan menerima ijazah masing-masing.

Tahun 2014

Pada bulan Julai 2014, rombakan struktur organisasi telah berlaku. Jabatan Teknologi telah dijumudkan. Pensyarah-pensyarah Jabatan Teknologi telah digerakkan ke dalam jabatan dan unit yang lain mengikut pilihan pensyarah-pensyarah yang berkenaan.

Jabatan Teknologi Pendidikan dalam kenangan:

Unit PJK pula yang dahuluinya di bawah naungan Jabatan Sains dan Kesihatan telah dinaik taraf menjadi Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.



Klik untuk maklumat lanjut:


Pengenalan Sejarah penubuhan IPGKTHOPengetua dan Pengarah yang berkhidmat di IPGKTHONaibPengetua dan Timbalan Pengarah yang berkhidmat di IPGKTHO
Video: Lagu Negaraku, dsb.Lagu Negeri Seluruh MalaysiaLagu Hari KebangsaanLagu Patriotik
Contoh brosur Album

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.